Tuesday, January 20, 2009

When In Need

Waaahh...lama tak duk depan pc...sori korang...teruk kena migraine 2-3 hari ni..yelah orang ni kalu dah nak masuk separuh abad ni mulalah macam2 penyakit datang menyerang...masa muda2 bergetah dulu takde pulak penyakit2 ni semua..koser nihhh...

So nak ceritanya pasal lawatan sambil balajar ke spital kerajaan tadi...sanggup ni langgar pantang larang sendiri on pc semata2 nak mengumpat & mengutuk spital kerajaan...pagi semalam dah pegi klinik sebab migraine..sehari sebelum tu memang dah kena masa tengah hari so terus balik rumah ala2 koma tak sedar diri atas katil..tak sedar diri ke tak sedarkan diri ni..hiks..sempat tu..

Pastu pagi semalam menda tu menyerang lagi kat opis...terpaksa kacau boss tengah meeting cakap nak pegi klinik..boss pun buat muka tak koser...mesti dia ingat aku ni berpenyakit...baru jer tukar sini dah macam2 penyakit..dah lah kena marah kat Dr. Wee tu sebab dia cakap aku tak makan ubat masa kena migraine...ingat je Dr. Wee kisah zaman dahulu kala tu..

So aku balik rumah terus ala2 koma lagi atas katil..

Pagi tadi aku rasa macam dah ok jer..so pegi ler keja..tapi ntah macam mana penyakit tu datang lagi...kalu aku kena menda nih vision jadi makin lama makin kecik, ada spots semua...nampak tak nampak jer..kadang nampak macam berair je pandangan pastu kepala tu tak usah cakap ler...aku ingat nak tahan jer sakit tuh lagipun ubat pun dah makan ..tapi sampai tengah hari tak boleh jadi jugak..gelap jer pandangan ni..so aku ingat nak pegi spital kerajaan ler sebab kawan aku cakap kalu pegi spital kerajaan dia orang check darah semua..so fikir..why not..second opinion kan..mana tau ubat dia orang lagi berkesan kan..so pegilah aku spital kerajaan selepas berkurun2 tak mendapatkan rawatan kat situ..

So lepas tunggu giliran yang semestinya sampai berjanggut...aku cakaplah masalah aku kat doktor tu..boleh dia cakap ni semua pasal spek yang aku pakai...power spek tak betullah...aku pakai sesuka hati akulah, tak pakai sepanjang masa ler..suka hati je tuduh aku..malas aku nak bagitau dia aku pakai contact lense sebenarnya..2-3 hari ni je pakai spek sebab leceh sakit kepala ni..mulalah macam2 dia cakap pasal spek aku nih..aku cakap takde kaitan dengan power spek ler tapi dia terus suh aku pegi bilik tempat check vision..ok lah..aku ikut je..

Pastu lepas check vision, aku masuk jumpa doktor ni balik. Dia heran naper power spek tu ok..erkk...whatever..

Pastu aku pun cakap ler aku dah jumpa Dr. Wee ni sebelum ni and tunjukkan ubat2 dia tapi tak berkesan..sebab aku nak jalan pun macam nak rebah jer..dia tengok ubat2 tu tapi tak tau apa jenis ubat tu..and then get this..she got out a textbook! At least aku rasa ler buku teks..heheh..mulalah membelek satu2 halaman..lama wehhh..pastu tak jumpa..apalah yang dia cari...pastu dia pegi bilik sebelah..lama tu masuk balik..ambik balik buku tadi..belek2 lagi..and then "HAH! dah jumpa nama ubat tuh!!!" Muahahahahahahahahah...

Gitulah kisahnya...lepas jumpa doktor spital kerajaan ni tak payah makan ubat pun terus baik sendiri..serius..tak tipu..dalam keadaan tengah teruk tadi tiba2 jadi baik lepas sepetang bersama doktor tu..balik tumah tadi aku rasa cergas jer..and tadi aku baru makan ubat Dr. Wee tu..hiks..

*citer ni ditulis tanpa sebarang editing..kalu tak paham buat2 ler paham..heheh..

3 comments:

sweetyaya@sweetrussyaya said...

lake,
ko x sihat ek? sian ko. Take care ye. Aku nak share gan ko.... ko penah dgr x produk sabjack.... actually aku bukan nak ckp pasal produk tu tapi pasal ownernyer. Ye la.... aku nie spesen gan ko mls nak gi klinik/ hospital nie. Aku gi jumpe die yg kebetulan dtg bg lecture kat ofis aku.Die just tgk anak mata aku gan tarikh lahir..... terkejut aku nyah...die leh cakap semua yg aku rasa kat badan aku tu betul2 cam aku pernah citer kat die sedangkan aku tak buka mulut pun. La nie aku dok telan je ler produk kesihatan die.... maklum ler nak jaga kesihatan & kecantikan katanyer.huhuhu

Anonymous said...

lake,
You know what? I'm getting 'the chills' after reading this entry!
I got the feeling that we're very much in common! wahaha! I get mood swings easily, and the interests you'd mentioned before, and now the migraine!!I was kinda, 'WHAT'???

Anyway, take care..I cannot say,
get well soon because I know how the attack of migraine is. We're not having a flu here people)) muahaha!

Anonymous said...

I setuju sgt ler ur komen pasal doc ni, adik i last wk kena sebiji mcm u gak, kuar buku!